Tiny Techies X NADI Online Workshop Series (HTML & Python)
21 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2025, Isnin, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Tiny Techies X NADI Online Workshop Series (HTML & Python) yang bermula daripada pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Taklimat tersebut telah dijalankan secara atas talian dan telah dihadiri oleh semua petugas NADI dari negeri Sarawak dan Sabah.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Coach Ram. FS4A ini mempunyai 5 siri yang merangkumi subjek Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Komputer dan Sains Komputer iaiti Microbit, Robotik, HTML, Python dan SQL. Video tutorial, nota dan penilaian juga disediakan bagi memudahkan proses pembelajaran. Semua petugas diminta untuk menjawab kuiz di akhir pembelajaran siri Microbit dan Robotik bagi menguji pemahaman dan untuk memperoleh sijil.
HTML atau HyperText Markup Language adalah bahasa yang digunakan untuk membina laman sesawang. Ia terdiri daripada kod arahan yang pendek dan mudah ditaipkan dalam komputer, kemudian disimpan sebagai fail HTML yang akan dibaca oleh pelayar web (web browser) manakala Python adalah belajar asas pengaturcaraan dalam konteks aplikasi sains dalam kejadian harian.
Semoga dengan program ini semua petugas NADI dapat membimbing komuniti setempat untuk menguasai dunia sains komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: